Tuesday 14 May 2013

esei berkumpulan

Tahap Kemudahan ICT di Kawasan Luar Bandar

https://docs.google.com/file/d/0B9E6jCRWJbO9aWFEbzdaWlpZSzA/edit?usp=sharing

Bahan bantu mengajar: bouquet of flowers

Bahan bantu mengajar ini diperbuat daripada bahan kitar semula yang mudah didapati..












thank you....











Video Berkumpulan

wooo... ini adalah tugasan video berkumpulan untuk subjek GGGE 2123 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan.. happy watching. n LET'S SMILE.











KEEP CALM AND STAY SMILING... :)



Tuesday 7 May 2013

10 pictures of innovation and technology

The following are the pictures which defines current innovative and technology:

Pesawat drone




Pesawat drone ini merupakan teknologi pesawat terbaru dengan kemampuan melepasi radar. Ini dibantu oleh saiznya yang kecil dan juga mudah untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti mengebom dan mengintip musuh serta mudah dikendalikan tanpa pemandu. Kemampuan negara besar seperti Amerika Syarikat dan China jelas menunjukkan kemajuan pembinaan pesawat tanpa pemandu. Pesawat ini juga mampu untuk terbang dalam jarak yang jauh tanpa memerlukan bahan api yang tinggi.

Cas tanpa wayar



Syarikat Nokia telah merintis satu teknologi baru, iaitu teknologi cas peralatan tanpa wayar (wireless charging). Ini dituju khas kepada sektor komunikasi seperti telefon mudah alih yang semakin berkembang di seluruh dunia. Teknologi ini bukan sahaja mampu untuk menjimatkan ruang, malah kemampuan cas tanpa wayar adalah satu daripada inovatif penting kepada pembinaan kereta elektrik yang akan dibincangkan selepas ini. Teknologi ini mampu menyelesaikan masalah kapasiti bateri yang rendah dan menjimatkan masa mengecas peralatan di samping dapat memudahkan pengguna telefon mudah alih khususnya.


Solid state drive




Solid state drive adalah satu daripada pemacu simpanan data terbaru yang menjimatkan ruang dan mempunyai kelajuan pemprosesan data yang sangat tinggi. Dengan kelajuan melebihi 10000 rpm, ini membantu pengguna untuk merasai kelajuan sebenar processor quad core yang menjadi trend peralatan komputer masa kini. Pemacu ini berkeupayaan untuk digunakan hanya dalam masa 2 saat selepas dihidupkan berbanding 1 minit pemacu biasa sekarang. Ini dapat menjimatkan masa pengguna terutama dalam sektor perbankan.

Pakaian renang


Pakaian renang yang dihasilkan ini merupakan satu inovasi terkini dalam membantu perenang untuk menamatkan renangan dlaam masa yang singkat. Pakaian ini direka untuk mengurangkan pekali sereta air terhadap tubuh badan perenang melebihi 10%. Ini membantu perenang untuk memecahkan rekod dunia dan membantu para saintis untuk mengkaji had limit keupayaan maksimum perenang. Namun, pakaian ini ditentang dan diharamkan semasa Olimpik 2012 London kerana dianggap melanggar peraturan renang yang telah ditetapkan.

Kereta eletrik Nissan Leaf

Kereta Nissan Leaf ini mengambil nama bersempena dengan daun. Ini kerana kereta ini merupakan kenderaan pertama di dunia yang menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik tanpa penggunaan setitik pun bahan api fosil seperti petrol dan diesel. Kelebihan kereta ini adalah teknologi hijau yang langsung tidak mengeluarkan gas pemcemaran seperti karbon dioksida. Selain itu, kereta ini mempunyai keupayaan yang menyamai kenderaan petrol dan diesel yang lain. Namun, teknologi bateri kenderaan ini masih dipersoalkan kerana masih kekurangan ruang mengecas bateri di kebanyakan negara. Tambahan pula, salah satu teknologi yang dirasakan mampu untuk mengatasi masalah kekurangan ruang mengecas ini, iaitu wireless charging masih belum mampu untuk diimplimentasikan di kebanyakan negara disebabkan oleh faktor kos yang tinggi.

Telefon bimbit ultra pixel



Ultra pixel merupakan satu lagi terma baru yang diperkenalkan untuk menggambarkan peningkatan kualiti gambar. Syarikat HTC merupakan syarikat pertama yang memperkenalkan telefon bimbit berkuasa ultra pixel melalui jenama HTC One bagi menggantikan mega pixel. Kualiti gambar yang terhasil adalah lebih baik dan lebih jitu serta mampu menangkap gambar haiwan yang kecil dengan kualit gambar yang lebih baik. Satu lagi kelebihan ultra pixel syarikat HTC ini adalah kemampuan untuk menangkap gambar pada suasana pencahayaan yang malap berbanding dengan kamera atau telefon bimbit berkuasa mega pixel.


Laptop Macbook yang nipis



Macbook Air keluaran Syarikat Apple Inc. telah mencetuskan fenomena baru iaitu pengenalan produk dengan rekabentuk yang lebih nipis. Produk ini didatangkan dengan dua variasi, iaitu 11 inch dan 13 inch. Pemprosesan yang digunakan ialah Intel i5 dan i7 dengan 4 cores ke atas. Kelebihan produk ini adalah ianya bukan sahaja mampu melakukan lebih daripada 4 kerja dalam satu masa, tetapi mempunyai berat yang kurang daripada 1.3kg. Dengan berat yang sedemikian, ianya bukan sahaja disalut dengan salutan Aluminum yang tahan calar, malah didatangkan dnegna pelbagai variasi warna yang menarik seperti putih dan kelabu. Kelemahan produk ini adalah ianya tiada pembaca dan penulis cd dan dvd.

Tilam pelindung tulang belakang






Tilam tidur merupakan antara komponen penting dalam mendapatkan tidur yang lena selepas seharian bekerja. Syarikat Vono telah mengambil inisiatif mengeluarkan tilam yang berupaya untuk membetulkan postur tulang belakang dengan menggunakan teknologi spring intalok. Tilam jenis ini bukan sahaja membantu mendapatkan tidur yang lena, malah memperbaiki struktur tulang belakang yang telah terjejas akibat seharian melakukan pelbagai aktiviti luar. Ia turut dilengkapi dengan teknologi anti-hama yang menyahkumankan segala kekotoran yang terlekat di tilam tanpa perlu dibasuh secara konvensional.

Pemain radio dan mp3 earphone
 

Pemain radio dan mp3 merupakan trend masa kini di kalangan remaja terutama yang gemar melakukan aktiviti lasak di luar. Syarikat Sony telah mencetuskan fenomena dengan mengeluarkan Sony Walkman sebagai pemain muzik bergerak. Dengan revolusi teknologi yang pesat, pemain mp3 telah direka untuk semakin ringan, kecil, dan berkapasiti besar. Lahirlah pemain radio dan mp3 yang bukan sahaja kecil malah hanya sebesar earphone sahaja dan mudah dibawa ke mana sahaja. Kelebihan pemain mp3 earphone ini ialah keupayaan baterinya yang mampu bertahan melebihi 10 jam untuk sekali penggunaan dan saiz simpanan muzik yang besar melebihi 8gb.

Kapal terbang berkelajuan supersonik


Kapal terbang dicipta untuk mengangkut manusia dalam jumlah yang ramai untuk ke suatu tempat dalam masa yang singkat berbanding dengan pengangkutan air. Syarikat Concorde telah mengkomersialkan sebuah pesawat buatannya sendiri dengan kemampuan untuk mengangkut 50 orang penumpang ke mana-mana destinasi pada kelajuan bunyi. Ini menjimatkan masa penumpang terutama bagi kegunaan pemerintah sesabuah negara dalam menjalankan urusan perdagangan dengan negara luar. Dengan rekabentuk yang lebih aerodinamik, keupayaan kapal terbang ini tidak dapat disanggah lagi kerana ianya memecut pada kelajuan yang hampir sama dengan roket. Namun, faktor keselamatan perlu diambilkira sebelum ianya menjadi satu trend kepada industri pengangkutan udara pada masa hadapan.


Thanks in advance for spending some time reading this innovation and tech pictures. Hope you get some knowledge from here.

10 funny videos

here are 10 funny videos for you to watch and laugh with...
a) kucing bersenam




b) marker vs  maker




c) pasang cadar tilam



d) duit kecil




e) iron man baby awesome





f) tictac





g) when the animal is fat



h) back to childhood





i) ultraman lupa skill





j) pepsi commercial





happy watching...




biodata of territory's owner

 NAMA : ANIS SURAYA BINTI MOHAMAD TAJUDDIN
NO MATRIK : A 137891
FAKULTI : SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
PROGRAM :ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI
TAHUN : 2012/2013
SEMESTER : 2
EMAIL : anis_yaya91@yahoo.com                                       

welcome to my blog

Hai.. this is suraya's territory..ini adalah ruang pertama saya.. Selamat datang :D